Cubaan Pertama:flight alone(bikiiin malu)

Kalau bleh nak no feeling gini

          Ok, ceritanya bermula macam ni.Disebabkan family aku dah sampai pun Kota Bharu masa aku habis program PMT tu(bukan PMS tau lol,lame),aku kena lah balik alone ke situ.Maka,bermulalah pengalaman pertama Nana ini naik flight alone.Punya excited dia,memang hari yang dinanti-nantikan.

Sampai sahaja dia ke airport,selepas  berpeluk-peluk cium sikit-sikit dengan rakan-rakan tersayang tapi kali ni takde pulak air mata mengiringi perpisahan,aku pun pergilah drop luggage ditemani Cigu Shahril.Ayat terakhir dia "janganlah sedih" buat aku tertanya-tanya muka aku memang selalu nampak sedih kot.Aku pun masuk lah menunggu gate buka.Masa tu flight around 45 minutes lagi,maka aku nampak kedai.Untuk merasa diri ni sangaat matang,aku belilah majalah Mingguan Wanita,air mineral(matangnyaaa!!😆) dan coklat Toblerone.

Masuk flight,aku duduk sebelah seorang syeikh(dia pakai jubah dan nampak warak,cerita pun pasal Umrah dengan partner sebelah dia tu).Maka,coklat di tangan+majalah+air+duduk sebelah orang yang tak berminat nak cakap dengan aku =HEAVEN DUNYA.Aku pun makanlah coklat tu sikit-sikit sambil baca majalah.Sebelah aku ada budak pompuan umur 2 tahun yang sangat cute,kaki pendek pastu duduk melunjur,pakai skirt dan stokin huhu.Macam dia nak je coklat aku.Risaulah pulak,dahlah sikit.
Tapi,lepas baca cerpen 'Busuk' dalam 
majalah tu,aku ngantuk tahap dewa.Effect coklat maybe.

Aku terlena dalam rindu(eh),coklat masih berbaki dua bar dalam genggaman.Aku pun tido lah,ngantuk betul.Nasib baik pacik tu sibuk becerita dengan pacik sorang lagi taklah malu sangat aku nak membuta.Sedar-sedar ja aku rasa lain macam kat tangan.Atukkoi,cair sudah pla coklat itu!
Kotor giler tangan aku time tu,seolah olah aku sedang genggam s*i* je.meleleh leleh.Aku cuba untuk tak panik lah kan,pelan2 capai tisu poket dalam handbag sambil tapuk itu tangan.Lap punya lap tangan aku tak pandai bersih,ah sudah payah nak hilang pulak dia,takkan aku nak jilat kut.Pacik kat sebelah pun rasanya nampak tindak tanduk aku.Cis,hilang keayuan aku haritu.Dahlah hasil lap tu beterbangan merata,kena baju pacik tu lagi(tapi rasanya dia tak perasan,aamiin2).

Setelah penat mengelap,habis sepaket tissu,bersih jugak tangan aku,tapi rasa macam tak nak tengok je baju pacik tu yang kena coklat.Nak mintak maaf malu pulak.Nampak macam aku ni pengotor je.Lesson of the day,jangan genggam coklat masa tidur, dia cepat cair, dan nampak sangat hodoh bila cair kat tangan kau.



From Wana with Love 💕

No comments: